Thursday 26 January 2012

Dont ask why I'm dancing

Selalu mesti je orang akan tanya macam ni " Athirah kenapa pilih major tari? " tak pun " Athirah masuk major tari dah boleh split tak? ". Hey semua orang jangan la tanya kenapa saya pilih major tari. Pilihan aku adalah hak aku. Aku yang tanggung risiko dengan memilih major tari. Hari tu semua pelajar major tari kena tolong pelajar major teater untuk teater bangsawan. Pada mulanya kami ingat markah untuk subjek Seni Tari Malaysia akan dinilai sedikit semasa teater bangsawan tapi tak pun. Pak dengan senang hatinya cakap anggap penyertaan kamu dalam bangsawan hanyalah untuk aktiviti dan menambah pengalaman. Sabar je la dengan ayat pak. Untuk aku bangsawan pengalaman pertama aku. Sangat-sangat gembira sebab boleh menari sekali dengan kawan-kawan lain. Masa hari terakhir teater bangsawan aku kena marah ngan seorang nenek tua ni. Dia cakap aku tak sedar diri. Walaupun tak tahu menari masih mahu menari. Dia cakap dia tak tahu kenapa aku pilih major tari. Masa tu rasa malu sangat sebab semua dah berkumpul kat stage untuk last briefing. Aku sabar. Tapi masa tu air mata dah bergenang. Lepas tu nenek tua tu bagitau kat Pak su apa yang dia cakap kat aku tadi. Aku tengok Pak su hanya senyum sahaja. Aku rasa mungkin Pak su marah aku lepas ni. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam. Lepas kena marah dengan nenek tua kena marah dengan Pak su pulak. Dah habis briefing Pak su panggil buat dance circle. Masa tu aku dah menangis. Pak su tanya kenapa aku menangis. Aku tak jawab. Pak su cakap dia paham apa yang aku rasa. Thanks Pak su for understanding me. Sangat hargai peluang yang Pak su ni. Aku dapat menari dengan kawan-kawan lain.

Saturday 17 December 2011

Tunggang terbalik

Aku ni orangnya tak boleh tau kelemahan diri sendiri. Lagi aku tau kelemahan diri aku lagi aku rasa tak berguna n tak kan ubah pun kelemahan aku. Teringat lagi apa yang miss bagi tau aku "athirah kau ni tak berani" "kau tak tegas dengan orang" "kau terlalu jaga hati orang jaga perasaan orang sampai diri kau sendiri tak terjaga". Aku tak tau apa yang aku boleh buat. Semua yang aku buat tak kan betul. Kadang-kadang rasa macam lemah sangat. Penat hidup macam ni. Rasa hidup tak terurus. Rasa macam hina sangat. Nak tukar major. Perlu ke aku tukar major. Letih. Letih sangat macam ni.